Pages

Tuesday, November 12, 2013

Pelik

Pelik

Bila aku sendiri orang memandang
Kenapa?

Tak perlu aku tanya
Mata mereka sudah berbicara

Aku bukan asing
Tapi aku begitu asing di mata mereka

Pernah aku tanya
Jawapannya tiada

Lemparkan rasa buangkan cerita
Aku gempar dengan hati
Biar terbukti nanti

Thursday, October 10, 2013

AKU

Aku yang mencintaimu
Cinta dengan sepenuh hati
Yang mengekorimu bagaikan bayang-bayang
Yang akan tertawa biarpun menangis

Berapa lamakah lagi? Berapa lama?
Perlu aku melihatmu keseorangan
Biar cinta ini tidak bermakna
Biar cinta ini tiada tujuan
Aku perlu teruskan... Agar kau mencintaiku

Datanglah...
Biarpun selangkah lagi
Bila aku melangkah mendekatimu
Kau pergi berpaling dariku

Aku yang mencintaimu
Walaupun aku disin
Aku masih menangis...

Aku terlalu naif
Aku berlajar untuk tertawa
Rasa ini tidak mampu ku luah
Kerana hati ini dipenuhi air mata

Aku menyatakan cinta
Kerana aku tahu kau juga begitu

Hanya sekali..
Pandanglah aku tatkala kau pergi

Aku ingin dicintai
Sepenuh hati
Aku ingin mencintai
Sepenuh hati
Setiap hari

Hatiku menjerit...
Biar aku disini
Biar hari ini aku disampingmu
Tidak pernah kau rasa

Tahukah kau
Aku setia disini
Aku yang menunggumu
Atau kau hanya berpura tidak peduli
Gelapkan mata butakan hati
Tenggelam cinta di sanubari

Berapa lamakah lagi? Berapa lama?
Perlu aku melihatmu keseorangan
Biar cinta ini tidak bermakna
Biar cinta ini tiada tujuan
Aku perlu teruskan... Agar kau mencintaiku


~Via Juwita





Tuesday, August 20, 2013

Menanti dan Menunggu

Malam ini
Aku masih mencarimu
Biar lama sudah terpisah
Hati ini masih rindu

Pencarianku
Bukan untuk hadir dalam hidupmu
Kerana aku
Tahu aku tidak mampu

Ya tuhan
Izinkan aku bertemu dengannya
Walau hanya seketika
Agar aku bisa memohon kemaafan yang telah tertangguh

Maafkan aku insan
Aku terlalu kejam membiarkanmu
Aku tinggalkan dirimu tanpa sebab
Maafkan aku

Pintaku hanya satu
Agar kita berdua bertemu
Aku akan pergi andai
Kau memaafkanku

Aku akan terus berharap agar kita dipertemukan sekali lagi... hanya sekali...

Sunday, August 18, 2013

Salam Perkenalan

Melihat kertas bertaburan
Aku kelu
Mana perlu
Mana tidak perlu

Mengutip tinta tinta lama
Membuat aku terfikir
Jiwa ini sunyi
Atau jiwa ini sepi?

Biar aku cuba
Melawat alam maya
Berimaginasi dengan duniaku


Salam perkenalan dari aku.. Masih baru dalam dunia blog. Hanya mahu berkongsi rasa...